Pemain St. Louis City, Wan Kuzain berada dalam senarai bersedia skuad Harimau Malaya bagi perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos.
Hal ini dimaklumkan oleh Pasukan Kebangsaan Malaysia (Malaysia NT) di laman media sosial dengan menyaksikan Wan Kuzain Wan Kamal berada di senarai bersedia Harimau Malaya.
Beliau yang memulakan karier bola sepak di Amerika Syarikat itu dilihat semakin hampir menyarung jersi kebangsaan apabila sudah dikenal pasti boleh mewakili Malaysia sejak beberapa tahun lepas.
Antara kelab yang beliau pernah mewakili adalah Swope Park, Kansas Academy, RGV FC Toros dan kelab terkini St. Louis 2.
Wan Kuzain telah melakukan sebanyak 91 penampilan bersama skuad St. Louis 2 dengan menjaringkan 15 gol dan 12 bantuan gol.
Selain Wan Kuzain, 3 pemain dari setiap kelab JDT, KL City dan Terengganu turut berada di senarai bersedia.
Pemain-pemain tersebut ialah Ibrahim Manusi, Hong Wan dan Mohamadou Sumareh. Selepas itu, Adam Nor Azlin, Syamer Kutyy dan Ryan Lambert.
Seterusnya, Shahrul Nizam, Safwan Mazlan dan Suhaimi Husin. 2 pemain dari Selangor turut berada di senarai bersedia iaitu Kalamullah Al Hafiz dan Sikh Izhan.
Sementara itu, Adib Ra’op dari kelab Penang melengkapkan 13 pemain yang berada di senarai bersedia.
Harimau Malaya bakal meneruskan aksi kelayakan Piala Asia 2027 dengan menentang pasukan Laos pada 9 & 14 Oktober 2025.