Ramalan lagenda kebangsaan, Farial Marlias terhadap prestasi tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail menjadi kenyataan.
Pemain berusia 31 tahun itu kembali menjadi sandaran utama skuad kendalian Xisco Munoz dalam beberapa aksi terakhir pasukan.
Beliau juga menjadi watak penting buat JDT ketika membelasah jaguh Thailand, Bangkok United dengan keputusan 4-0 pada aksi ACC Shopee Cup 2025-26 tempoh hari.
Farizal bagaimanapun sudah menjangkakan Afiq bakal diturunkan ketika menentang kelab Jepun, Machida Zelvia berdasarkan prestasi semasanya.
“Saya sudah menjangkakan bahawa Afiq Fazail akan beraksi hari ini (menentang Machida Zelvia).
“Ini kerana beliau beraksi amat baik pada dua tiga aksi sebelum ini selain mempamerkan prestasi yang amat baik.
Kreativiti dan ketenangan yang dimiliki oleh pemain tengah ini juga menbantu jentera serangan JDT untuk mencetak jaringan.
“Pada aksi menentang Bangkok United, kita lihat kreativiti Afiq terserlah terutamanya ketika melakukan umpanan kepada Bergson dan juga Arif Aiman,” katanya kepada Astro Arena.
Ramalan ini menjadi kenyatan apabila Afiq tampil selaku pemain tengah terbaik JDT ketika aksi kedua ACLE menentang Machida Zelvia di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari.
Beliau menerima penilaian 7.2 mata oleh laman Sofascore berbanding Nacho Mendez (6.9) dan Aketxe (7.0).
Afiq turut tersenarai dalam 29 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski bagi kem latihan pusat menentang Laos, 9 Oktober 2025.