Bekas Jurulatih Harimau Malaya Gondol Trofi Pertama Di Australia
MakanBola
Newcastle Jets

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Mark Milligan ceria apabila meraih trofi pertamanya sebagai ketua jurulatih.

Ini selepas beliau membantu Newcastle Jets muncul juara Australian Cup edisi 2025. The Jets muncul juara dengan menewaskan Heidelberg United 3-1 di pentas final.

Selepas ketinggalan menerusi gol awal Ryan Lethlean, anak buah Milligan bangkit menyamakan kedudukan menerusi Max Burgess.

Selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat 90 minit perlawanan, kedua-dua pasukan berentap pada masa tambahan untuk menentukan pemenang.

The Jets menyumbat dua gol dalam tempoh tersebut menerusi Oscar Fryer dan Ben Gibson untuk menggondol kejuaraan.

Kedua-dua pasukan turut beraksi dengan 10 pemain apabila Johnny Apostolopoulos dan Kosta Grozos dibuang padang pada minit ke-112 dan 113.

Meskipun menamatkan aksi dengan 10 pemain, itu sudah cukup buat The Jets meraih Australian Cup buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Ini juga trofi pertama Milligan dalam kariernya sebagai ketua jurulatih. Kejayaan ini menyaksikan Newcastle Jets layak secara merit ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim hadapan.