Pertahanan kebal JDT, Eddy Israfilov tersenarai bersama-sama bintang Asia dalam kesebelasan terbaik ACLE minggu ke 2.
Beliau yang beraksi penuh dalam aksi kedua ACLE JDT dilihat tampil dengan penuh bertenaga ketika menentang Machida Zelvia wakil dari Jepun pada 30 September lalu di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Eddy Israfilov mencatatkan rating sebanyak 7.6 per 10 dari Sofascore rating selepas mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan ketika bertemu Machida Zelvia.
Selain Eddy Israfilov, dua pemain dari Al-Gharafa dan Al Hilal iaitu Joselu & Amine Lecomte. Selepas itu, Theo Hernandez dan Sergej Milinkovic turut berada dalam kesebelasan terbaik minggu ke 2 ACLE.
Selepas itu, 2 pemain dari Seoul iaitu Jeong Seung dan Choi Jun turut berada dalam kesebelasan terbaik mingguan.
4 pemain lagi ialah Akram Afif (Al Sadd), Mateus Henrique (Shabab AlAhli), Javokhir Sidikov (Nasaf) dan Edmilson Junior (Al Duhail) berada dalam kesebelasan terbaik minggu ke 2 ACLE musim ini.
Eddy Israfilov dan JDT bakal meneruskan aksi dalam saingan ACLE dengan menentang Chengdu Rongcheng wakil dari China pada 21 Oktober ini di halaman lawan.