Harimau Malaya Gugurkan Haziq Nadzli & Azri Ghani
MakanBola
Malaysia NT

Kem Harimau Malaya menggugurkan nama dua penjaga gol iaitu Haziq Nadzli serta Azri Ghani menjelang aksi berdepan Laos dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027.

Pengumuman ini dibuat oleh pihak Malaysia National Team (Malaysia NT) dalam sebuah hantaran yang mengesahkan pengguguran penjaga gol Kuching City dan Negeri Sembilan itu dari kem latihan.

Haziq dan Azri dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan tempat mereka digantikan oleh penjaga gol Terengganu iaitu Suhaimi Husin dan Sikh Izhan dari pasukan Selangor FC.

”Sikh Izhan Nazrel dan Suhaimi Husin dipanggil menyertai kem bagi menggantikan Azri Ghani dan Haziq Nadzli yang terpaksa meninggalkan kem atas faktor kesihatan,” umum Malaysia NT.

Skuad Harimau Malaya akan terus bertolak ke Vientiane bagi menjalani kem latihan pada 6-8 Oktober sebagai persediaan bertemu Laos pada Khamis, 9 Oktober di New Laos National Stadium

Latihan pusat akan bersambung pada 10-13 Oktober di Kuala Lumpur sebagai persediaan berdepan Laos untuk aksi timbal balik pada 14 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.