Perlawanan di antara pasukan PDRM dan JDT catat kehadiran tertinggi Liga Super Minggu 7 yang menyaksikan Harimau Selatan membenam cabaran PDRM dengan keputusan 0-7.
Statistik kehadiran aksi minggu tersebut menyaksikan 3,120 orang penyokong menonton perlawanan PDRM dan JDT di Stadium MP Selayang.
Penyokong yang hadir bukan saja teruja melihat Harimau Selatan menumpaskan pasukan PDRM 0-7. Malah, mereka dapat menyaksikan aksi yang cukup memberangsangkan oleh skuad JDT.
Kehadiran kedua tertinggi direkodkan dalam aksi antara Terengganu dan Kelantan TRW. Aksi tersebut menyaksikan 2,957 orang hadir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Aksi itu menyaksikan Terengganu menumbangkan skuad Kelantan TRW dengan keputusan 4-1. Kemenangan tersebut menyaksikan Terengganu berada di kedudukan ke-3 Liga Super.
Aksi Sabah dan Kuching City di Stadium Likas merekodkan kehadiran ketiga tertinggi iaitu 2,488 orang.
Penyokong The Cats di Stadium Likas pulang gembira apabila Kuching City membenam tuan rumah dengan keputusan 0-1. Jordan Mintah mencetak nama sebagai penjaring.
Aksi Penang dan Negeri Sembilan merekodkan kehadiran keempat tertinggi iaitu 1,143 orang. Aksi di Stadium Bandaraya menyaksikan skuad tuan rumah, Penang menumpaskan pasukan pelawat 2-1.
784 orang di Stadium Negeri Pulau Pinang hadir menyaksikan aksi Imigresen dan Selangor. Aksi itu menyaksikan The Red Giants meraih kemenangan bermakna 1-3 ke atas tuan rumah.
Satu-satunya perlawanan yang tertunda pada minggu ini ialah Melaka dan KL City. Aksi kelapan liga akan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober ini.