Bintang sensasi JDT, Arif Aiman mencatatkan sejarah sebagai penjaring tempatan terbanyak Harimau Selatan.
Beliau yang mula menyertai skuad utama JDT pada musim 2021 tampak membuktikan kredibiliti sebagai pemain sayap terbaik tempatan yang dimiliki Harimau Selatan dan pasukan kebangsaan Malaysia.
Arif Aiman melakukan debut bersama skuad JDT ialah ketika aksi bertemu Felda United pada 14 Mac 2020 bagi saingan Liga Super musim tersebut.
Sementara itu, gol pertama Arif Aiman adalah ketika JDT bertemu Kuching City dalam saingan Piala Malaysia 2020.
Beliau telah mengatasi rekod 59 gol yang dijaringkan oleh legenda kelab, Safiq Rahim dan hanya Bergson & Gonzalo Cabrera sahaja meledak lebih gol untuk JDT iaitu masing-masing 166 & 66 jaringan.
Arif Aiman telah merekodkan ini dalam 170 penampilan dan turut melakukan 66 bantuan jaringan. Beliau telah menjaringkan 30 gol dalam Liga Super, 8 di Liga Juara-Juara AFC Elite, 10 di Piala FA, 12 di Piala Malaysia dan satu di Piala Shopee.