Pasukan Guaman FAM Sedia Kemuka Rayuan & Dokumen Sokongan Kepada FIFA
MakanBola
FA Malaysia

Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui pasukan guaman bersedia mengemukan rayuan kepada FIFA sebaik memperoleh dokumen penuh keputusan penghakiman daripada FIFA.

Dalam satu kenyataan terkini, FAM menjelaskan bahawa badan induk bola sepak Malaysia itu masih menantikan dokumen penuh keputusan penghakiman daripada FIFA.

”Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa pihak FAM masih menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).”

Selepas menerima dokumen tersebut, FAM melalui pasukan guaman akan mengambil tindakan dengan kemukan rayuan beserta dokumen sokongan yang kukuh membabitkan isu ini.

“Proses rayuan hanya dapat dimulakan sebaik sahaja dokumen penuh keputusan tersebut diterima secara rasmi.”

“Pasukan guaman FAM telah bersedia untuk mengambil sebarang tindakan lanjut sejurus dokumen berkenaan diperoleh.”

“Sebaik sahaja keputusan penuh diterima, pasukan guaman FAM akan mengemukakan rayuan dengan dokumen sokongan yang kukuh.”