Liga A1: 10 Pemain JDT II Kongsi Mata Dengan Kelantan RW
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Kelantan RW berjaya mengikat pasukan JDT II dengan keputusan 0-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Isnin.

Pasukan tuan rumah, Kelantan Red Warrior membariskan Shafiq Afifi sebagai penjaga gol dan Zuasyraf mengemudi jentera di bahagian tengah.

Sementara itu, JDT II menurunkan Zulhilmi Sharani di benteng terakhir dan Aysar Hadi menggalas lilitan kapten manakala Miguel Cuesta menjadi ayam tambatan skuad tersebut malam ini.

Kedua-dua pasukan tampil garang dengan melancarkan beberapa percubaan ke arah kubu lawan masing-masing pada awal minit perlawanan.

JDT tampak tidak menghadapi masalah meskipun beraksi di halaman lawan dengan melepaskan rembatan berbahaya namun gagal menembusi gawang Kelantan Red Warrior.

Memasuki minit ke 30′ kedudukan masih terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.

Kelantan Red Warrior mempunyai peluang berharga pada akhir minit separuh masa pertama namun rembatan Emmanuel Mbarga di hadapan kubu pelawat tersasar jauh dari gawang skuad JDT II.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan meskipun Kelantan Red Warrior meningkatkan serangan pada akhir minit separuh masa pertama.

View this post on Instagram

A post shared by Kelantan Red Warrior FC (@kelantanredwarriorfc)

Memasuki babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan masih bernafsu untuk mencari gol pembukaan aksi.

JDT dilihat menguasai perlawanan walaupun beraksi di halaman lawan dengan melakukan beberapa serangan yang hampir menerjah jaring skuad Kelantan Red Warrior.

Memasuki minit ke 70′ aksi kedudukan masih terikat tanpa jaringan meskipun beberapa percubaan berbahaya dapat dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

JDT II terpaksa akur beraksi dengan 10 orang bagi 5 minit terakhir perlawanan selepas G. Pavithran dilayangkan kad kuning kedua sekaligus menerima kad merah akibat mengasari pemain Kelantan Red Warrior, Iskandar Shah.

Perlawanan tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.