Dapatkan maklumat aksi Laos vs Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 di sini.
Pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027 bakal berlangsung dengan aksi tumpuan antara Laos vs Malaysia bakal menjadi tarikan utama khususnya untuk para penyokong bola sepak tempatan.
Ujian berat turut menimpa Malaysia ketika ini apabila terpalit dengan tuduhan pemalsuan dokumen melibatkan 7 pemain warisan Harimau Malaya oleh badan induk bola sepak dunia, FIFA.
Walau bagaimanapun, Peter Cklamovski mengganggap isu di luar padang itu bukanlah urusan pasukan buat masa ini selain mahu fokus memberi perhatian kepada perlawanan berdepan Laos.
”Itu (isu FIFA) sesuatu yang langsung di luar kawalan kami,” tegas Peter Cklamovski ketika sidang media pra perlawanan.
“Kami tidak menumpukan perhatian kepada perkara di luar kem latihan,” jelas beliau lagi.
Di kem Laos pula, suasana nampak tenang dengan skuad bimbingan Ha Hyeok-jun bakal turun dengan misi penting untuk mengutip 3 mata lebih-lebih apabila beraksi di depan peminat sendiri.
Kesebelasan Utama Laos vs Malaysia
Info Siaran Langsung Laos vs Malaysia
Tarikh: 9 Oktober 2025 (Khamis)
Masa: 8 Malam waktu Malaysia.
Venue: New Laos National Stadium.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola dan TV Okey.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.