Malaysia tampak menguasai penuh 5 rekod perlawanan menentang Laos bagi aksi persahabatan dan Piala Asean.
Kali terakhir Malaysia bertemu Laos adalah pada tahun 2024 bagi aksi persahabatan.
Bagi rekod perlawanan persahabatan pada tahun 2015 skuad Malaysia berjaya menumpaskan pasukan Laos dengan keputusan 1-3 pada 8 Oktober di tempat lawan.
Selepas itu, pasukan Malaysia bertembung semula pada 12 November 2018 dalam aksi Piala Asean dengan menyaksikan Harimau Malaya memenangi perlawanan 3-1.
Berselang 3 tahun, Harimau Malaya kembali bertemu skuad kebangsaan Laos di Stadium Bishan, Singapura bagi saingan Piala Asean pada 9 Disember. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan Malaysia dengan keputusan 4-0.
Pada tahun 2022, Malaysia menentang pasukan Laos kembali bagi perlawanan Piala Asean yang menyaksikan skuad Malaysia membenam cabaran pasukan kebangsaan Laos dengan keputusan 5-0 pada 24 Disember.
Perlawanan terakhir di antara Malaysia dan Laos turut dimenangi oleh pasukan Harimau Malaya dengan keputusan 3-1 pada 14 November 2024 bagi aksi persahabatan.
Aksi tersebut menyaksikan Sergio Aguero, Stuart Wilkin dan Harith Haiqal menjadi peledak gol. Sementara itu, pemain Laos, Kydavone Souvanny mendapat jaringan saguhati buat skuad tersebut.
Malaysia bakal menghadapi semula cabaran pasukan julukan Million Elephants pada 9 & 14 Oktober ini bagi kelayakan Piala Asia 2027 di tempat lawan terlebih dahulu sebelum bertemu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.