Tular satu kata-kata yang melibatkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Beliau dalam satu kenyataan telah menafikan berita yang tular yang telah menggunakan namanya pada berita tersebut.
Perkara ini telah dikongsikan oleh Zulhelmi selepas satu akaun mengguna pakai namanya ke atas sebuah berita yang palsu.
Hal ini selepas laporan itu mendakwa bahawa Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail bakal bertanggungjawab terhadap kes tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung oleh FIFA.
Laporan palsu itu juga mendakwa bahawa Tunku Ismail bakal mengambil alih tampuk kepimpinan tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyelesaikan kes semasa.
“Ini tidak benar, saya nafikan sepenuhnya,” ujar kenyataan Zulhelmi di laman X.
Ketika ini, Harimau Malaya terlepas peluang untuk menggunakan khidmat tujuh pemain ini namun pengendali, Peter Cklamovski telah memanggil beberapa muka baharu bersama pasukan.
Skuad negara bakal bertemu Laos pada 9 Oktober 2025 sebelum satu lagi aksi pada 14 Oktober di laman sendiri.