Bekas pemain Manchester United, Gary Neville dipecat ketika sedang melakukan kerja sebagai pundit bola sepak.
Beliau yang mula menyertai dunia penyiaran sukan selepas bersara dari bola sepak di syarikat Sky Sports sejak 2011.
Gary Neville sering digandingkan bersama bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher di penyiaran Sky Sports.
Faktor Gary Neville dipecat dari Sky Sports kerana beliau membidas orang yang menggunakan lebih 50 bendera union jack bagi tujuan perkauman sepanjang jalan di utara Manchester. Meskipun, ada beberapa peminat yang tidak bersetuju perkara yang disampaikan oleh beliau.
Walaubagaimanapun, berita mengejutkan apabila Gary Neville direhatkan sebagai pundit bola sepak di syarikat Sky Sports sehingga kontroversi tersebut diselesaikan.
Namun, beliau berkemungkinan besar tidak akan dipecat kerana mempunyai profil yang tinggi sebagai pundit bola sepak.
Menurut UK Sports News, Sky Sports akan memecat Gary Neville sebagai pundit bola sepak penyiaran tersebut.
“Sky bersedia untuk membuang sementara Gary Neville daripada tugas penyiaran selepas dia melanggar tatakelakuan mereka dalam penggunaan media sosial,” kata UK Sports News dalam satu hantaran di laman media sosial.
Setakat ini, masih tiada sebarang makluman mengenai masa depan beliau bersama syarikat Sky Sports.