Ranking FIFA: Kemenangan Malaysia Bakal Buka Kisah Baru
MakanBola
Malaysia NT

Kemenangan Malaysia ke atas Laos malam ini bakal membuka lembaran baharu.

Skuad kendalian Peter Cklamovski kini di Vientienne, Laos bagi bertemu tuan rumah pada aksi ketiga Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Harimau Malaya kini menduduki tangga ke-123 dunia selaku pasukan keempat terbaik di Asia Tenggara dalam misi untuk mengekalkan rekod bersih pada kempen kelayakan.

Sungguhpun tanpa tujuh pemain utama, Harimau Malaya tetap membariskan seramai 29 pemain termasuklah beberapa muka baharu seperti Ramadhan Saifullah dan Jordan Mintah.

Pasukan kebangsaan berpeluang untuk meraih tambahan sekitar +6.77 mata yang membolehkan jumlah keseluruhan menjadi 1155 mata.

Situasi ini membolehkan Malaysia untuk melonjak tiga tangga ke kedudukan 120 dunia berbanding 123 dunia (semasa) sekali gus memintas kedudukan negara seperti Togo, Korea Utara dan Sierra Leone.

Harimau Malaya juga bakal terpisah satu tangga dengan pasukan tetangga, Indonesia yang menduduki kedudukan ke-119 dunia ketika ini. 

Ini juga menjadi detik paling bersejarah selepas skuad negara bakal memasuki kelompok 110 terbaik dunia sejak sekian lama.

Pertemuan Malaysia vs Laos dijadual pada 9 Oktober 2025 di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 9.00 malam.