David van Weel, Menteri Luar Negeri Belanda meminta maaf kepada Indonesia berikutan kekalahan kepada Arab Saudi.
Beliau yang mula menjadi menteri pada bulan lepas meminta maaf secara terbuka kepada negara tersebut ketika mesyuarat bersama Menteri Luar Negeri Indonesia, Sugiono di Gedung Pancasila, Jakarta.
Indonesia yang tumpas dengan keputusan 2-3 hasil dua gol Feras Albrikan dan Waheb Saleh. Sementara itu, kedua-dua gol Indonesia menerusi ledakan dari penalti oleh Kevin Diks.
Menurut David van Weel, beliau bangga melihat legenda negara Belanda menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia.
“Indonesia telah memainkan perlawanan yang amat penting dengan memberikan tugasan jurulatih kepada legenda bola sepak negara, Patrick Kluivert dan sebagai orang Belanda saya sangat bangga dengan perkara tersebut.”
Tambah beliau, David van Weel meminta maaf berikutan kekalahan kepada pasukan kebangsaan Arab Saudi dan Indonesia masih berpeluang untuk ke Piala Dunia 2026 dengan perlu menang kepada Iraq pada Ahad.
“Meskipun, hasil perlawanan kelmarin agak mengecewakan saya sebagai Menteri Luar Negeri Belanda meminta maaf atas keputusan jurulatih tersebut dan Indonesia masih berpeluang ke Piala Dunia 2026 sekiranya menang ke atas Iraq,” kata David van Weel ketika mesyuarat bersama Menteri Luar Negeri Indonesia, Sugiono di Gedung Pancasila, Jakarta.
Indonesia bakal meneruskan aksi kelayakan Piala Dunia 2026 dengan menentang Iraq pada pagi Ahad.
Setakat ini, Indonesia berada di tangga terakhir dalam kumpulan B kelayakan Piala Dunia 2026 dengan 0 mata.