Shah Firdaus Terpaksa Lupakan Sukan SEA
UltraSukan
MSN Malaysia

Jaguh berbasikal trek Malaysia, Shah Firdaus Sahrom terpaksa melupakan hasrat bersaing di temasya Sukan SEA 2025 di Thailand.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Husna Zainudin memaklumkan jaguh berusia 29 tahun itu masih bergelut dengan kecederaan kaki kanannya.

Kecederaan tersebut dialami dalam kemalangan aksi final keirin Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

“Shah Firdaus Sahrom sah tidak akan bertanding ke Sukan SEA Thailand, Disember depan. Ia susulan kecederaan kaki kanan yang terus menghantui berpunca dari insiden kemalangan pada temasya Olimpik Paris 2024,” katanya di X.

Sebelum ini, kecederaan sama juga menghalang Shah Firdaus daripada menyertai saingan UCI World Championships di Santiago, Chile yang berlangsung pada bulan ini.

Anak jati Muar, Johor itu kini fokus menjalani proses pemulihan. Shah Firdaus dijangka kembali ke trek pada Mac tahun hadapan.