Pasukan kebangsaan Malaysia tersenarai di Transfermarkt sebagai negara yang mempunyai prestasi terbaik dalam 5 perlawanan pada tahun 2025.
Harimau Malaya mencatatkan 4 kemenangan dan satu keputusan seri bagi 5 aksi pada tahun ini.
Malaysia memulakan aksi kelayakan Piala Asia 2027 dengan menang ke atas Nepal dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Mac.
Selepas itu, Harimau Malaya mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika bertemu Cape Verde dalam perlawanan persahabatan pada Mei.
Malaysia meneruskan aksi kelayakan Piala Asia dengan menang ke atas Vietnam dengan keputusan 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jun.
Harimau Malaya turut mencatatkan kemenangan dalam perlawanan antarabangsa pada September dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Palestin 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Selepas itu, Malaysia berjaya mengutip 3 mata penuh bagi aksi ketiga kelayakan Piala Asia ketika menentang pasukan kebangsaan Laos pada Khamis lalu.
Mengikut hantaran di laman media sosial Transfermarkt secara purata Malaysia telah mendapatkan 2.6 per 3 mata dalam 5 aksi terakhir peringkat antarabangsa.
Harimau Malaya bakal meneruskan aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada bulan November dengan menentang pasukan kebangsaan Nepal di Malaysia.