Live: Iraq vs Indonesia, Kesebelasan Utama & Siaran TV Kelayakan Piala Dunia
MakanBola
Timnas Indonesia

Tonton aksi Iraq vs Indonesia dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Aksi yang dinantikan penyokong bola sepak di rantau ini iaitu Iraq vs Indonesia dengan wakil Asia Tenggara tersebut bakal turun dalam perlawanan yang menentukan tempat mereka di Piala Dunia 2026.

Indonesia yang dikendalikan oleh Patrick Kluivert tewas 3-2 di tangan Arab Saudi ketika aksi pembukaan pusingan ke-4 Kelayakan Piala Dunia 2026 lalu berdepan misi getir bertemu Iraq kali ini.

Hanya kemenangan bakal memastikan peluang Sang Garuda untuk beraksi di Piala Dunia tahun hadapan namun jika kalah, Indonesia akan pulang dan impian besar itu tertangguh untuk sekian kalinya.

Iraq dilihat pasukan pilihan dalam perlawanan kali ini dengan kedudukan ranking 58 dunia memberi gambaran awal untuk pertemuan kali ini tatkala Indonesia pastinya mahu mencipta kejutan.

Kesebelasan Utama Iraq vs Indonesia

Info Siaran Langsung Iraq vs Indonesia

Tarikh: 12 Oktober 2025 (Ahad)
Masa: 3.30 pagi waktu Malaysia.
Venue: Stadium Alinma, Jeddah, Arab Saudi.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.