Norway & Erling Haaland ‘Ajar’ Negara Haram Erti Sengsara Sebenar
MakanBola
Fotballandslaget

Norway membelasah negara haram Israel dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Eropah hasil jaringan hatrik Erling Haaland

Kemenangan besar 5-0 dicapai oleh Norway ini menyaksikan pasukan kendalian Stale Solbakken ini masih kekalkan rekod bersih dalam kempen kali ini manakala Israel alam kekalahan ke-3.

Erling Haaland diberi peranan utama untuk mengetuai jentera serangan Norway bagi menggempur pintu gawang Israel dan dibantu oleh Antonio Nusa dan Oscar Bobb di sebelah sayap.

Gol pertama perlawanan terhasil berpunca daripada jaringan sendiri pemain sayap Israel, Anan Khalaili di minit ke-18 yang tertanduk bola hantaran Alexander Sorloth untuk Norway di depan 1-0.

Pintu gol Israel dibolosi kali kedua menerusi jaringan bintang Man City, Erling Haaland yang bijak memperdaya pertahanan lawan sebelum mudah menewaskan penjaga gawang Israel di minit ke-27.

Seminit kemudian, Norway meledak gol ke-3 hasil kesilapan penjaga gawang Israel, Daniel Peretz yang menendang bola mengenai rakan sepasukan, Idan Nachmias dan tuan rumah terus ceria.

Di babak kedua, Erling Haaland menambah gol ke-4 buat Norway selepas menanduk masuk cantik hantaran silang Antonio Nusa di minit ke-63 yang gagal ditangkap kemas penjaga gawang.

Gandingan Antonio Nusa serta Erling Haaland sekali lagi menjadi duri dalam daging setelah penyerang Man City tersebut melengkapkan hatrik di minit ke-72 hasil tandukan.

Aksi di Ullevaal Stadion berakhir dengan kemenangan besar 5-0 memihak Norway.