Arctic Open: Lane-Vendy Sekat Impian Juara Aaron Chia-Wooi Yik
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terlepas peluang bergelar juara Arctic Open 2025.

Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan beregu England, Ben Lane dan Sean Vendy di pentas final kejohanan itu.

Beregu nombor dua dunia itu berharap dapat melengkapkan peningkatan prestasi mereka dengan bergelar juara kejohanan edisi 2025.

Meskipun begitu, Lane-Vendy berharap dapat menghalang Aaron-Wooi Yik merah gelaran juara Jelajah BWF buat kali keempat pada tahun 2025.

Kali terakhir kedua-dua beregu berentap ialah pusingan suku akhir China Masters. Aaron-Wooi Yik dipaksa bekerja keras sebelum menang dengan keputusan 14-21, 21-15, 25-23.

Set pertama menyaksikan beregu England itu dilihat mahu mengulangi kejutan yang dilakar dalam saingan Hong Kong Open.

Selepas mendahului pada set pertama, Lane-Vendy mengungguli set pertama dengan keputusan 21-18.

Set kedua menyaksikan Aaron-Wooi Yik pada awalnya mendahului pada kedudukan 14-9. Lane-Vendy kemudiannya mengejar dan mengikat kedudukan 15-15.

Kedua-dua beregu terus bersaing sengit mendapatkan mata sebelum Aaron-Wooi Yik menang dengan keputusan 27-25. Ini menyaksikan perlawanan diheret ke set penentuan.

Set ketiga menyaksikan pada awalnya, kedua-dua beregu bersaing sengit mendapatkan mata. Aaron-Wooi Yik kemudiannya mendahului pada kedudukan 14-11.

Lane-Vendy kemudiannya menyamakan kedudukan 15-15. Mereka kemudiannya memenangi set ketiga dengan keputusan 21-17.

Keputusan ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik terlepas peluang mengikut jejak langkah beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah. Pearly-Thinaah muncul juara dalam acara beregu wanita.