Peter Cklamovski: Ini Tiada Kena-Mengena Dengan Harimau Malaya
MakanBola
MALAYSIA NT

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski menyuarakan bahawa beliau tidak berminat untuk mengambil tahu lebih dalam berkenaan isu-isu luar selain dari mempersiapkan pasukan kebangsaan Malaysia dalam aksi timbal balik bertemu Laos.

Harimau Malaya telah menumpaskan pasukan kebangsaan Laos bagi aksi ketiga kelayakan Piala Asia 2027 di Vientiane tempoh hari.

Malaysia yang berjaya menang dengan keputusan 0-3 dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk mengutip 3 mata penuh di halaman sendiri.

Menurut ketua jurulatih Malaysia, Peter Cklamovski mengetahui ada suara yang kurang baik berada di luar kem Malaysia namun pasukan kebangsaan kekal fokus hadapi kelayakan Piala Asia dan perkara tersebut tidak memberikan sebarang kesan kepada beliau.

“Secara ringkasnya, kami tak boleh dan di kem latihan pun kami tidak menumpukan pada perkara-perkara luar. Kami faham memang banyak “bunyi-bunyi” di luar sana, tapi itu semua tiada kaitan dengan pasukan Malaysia dan apa yang kami lakukan sebagai sebuah pasukan kebangsaan.”

“Jadi ia tidak memberi sebarang kesan kepada cara saya berfikir dan juga cara kami berfikir sebagai satu pasukan.Kami mahu teruskan apa yang sedang kami bina dan apa yang kami bina ini sesuatu yang istimewa.”

Tambah beliau, pasukan kebangsaan Malaysia kekal fokus untuk memberikan kemenangan kepada semua peminat mahupun muda atau golongan tua.

“Saya nampak semangat itu dalam mata para pemain, dalam hati mereka, dan dalam fikiran mereka. Kami berazam, kami berdisiplin, dan kami fokus untuk memastikan satu lagi persembahan yang baik supaya rakyat Malaysia boleh berasa bangga.”

“Apabila saya kata “membanggakan negara”, saya maksudkan semua rakyat mahupun golongan tua dan anda sebagai media.”Selain itu, anak-anak muda Malaysia.”

“Kami mahu mereka ada sesuatu untuk dicontohi bila mereka menonton Mickey bermain atau bila mereka menonton semua pemain beraksi untuk Harimau Malaya,” kata Peter Cklamovski ketika sidang media sebelum perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang pasukan kebangsaan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Oktober.

Malaysia bakal berdepan pasukan kebangsaan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Oktober untuk aksi ke-4 kelayakan Piala Asia 2027.