Ranking FIFA: Jumlah Mata & Kedudukan Malaysia Jika Atasi Laos Sekali Lagi
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia berpeluang untuk melonjak lebih tinggi dalam carta ranking FIFA sekiranya berhasil menewaskan Laos sekali lagi pada Selasa.

Pasukan Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski akan turun dalam aksi ke-4 pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Laos dengan misi mengutip 3 mata di laman sendiri pula.

Pada aksi terdahulu di Vientiane, skuad kebangsaan berhasil merekodkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Laos menerusi jaringan daripada Arif Aiman, Dion Cools dan Faisal Halim di babak kedua.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia mengutip tambahan +6.77 mata FIFA dan mengumpul secara keseluruhan 1,155 mata bahkan melonjak naik ke tangga 119 secara masa-nyata buat masa ini.

Sekiranya satu lagi kemenangan berjaya diraih di Bukit Jalil esok, Malaysia akan mengutip tambahan +6.53 mata selain dijangka bakal melonjak ke tangga ke-118 dunia memotong The Gambia.

Ketika ini, Malaysia bergelar pasukan ketiga terbaik ASEAN selepas memintas negara jiran, Indonesia minggu lalu lalu berada di belakang Thailand (98 dunia) dan Vietnam (114) dunia.

Misi penting itu perlu dilunaskan terlebih dahulu dalam aksi Malaysia vs Laos yang bakal berlangsung pada 14 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil tepat jam 9 malam sepak mula.