15 Venue Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia vs Laos
MakanBola
FA Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menyediakan tayangan skrin besar di 15 lokasi terpilih untuk penyokong bola sepak menonton perlawanan Malaysia dan Laos.

Tayangan perlawanan di skrin besar ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan lagi sokongan rakyat Malaysia kepada Harimau Malaya.

Skuad kebangsaan yang dibimbing Peter Cklamovski bakal berentap kembali dengan pasukan kebangsaan Laos dalam aksi timbal balik pada Selasa.

Selepas berjaya menewaskan Laos pada Khamis lalu, Harimau Malaya berharap dapat meraih kemenangan keempat dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027.

Berikut senarai lokasi tayangan skrin besar yang disediakan oleh pihak KBS dan JBSN:

  1. Laman Duta, Presint 15, Putrajaya.
  2. Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
  3. Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi.
  4. Bandar Satelit Pulau Sembang.
  5. Dataran Mahkota TMIYC Pasir Gudang.
  6. Dataran Pavilion, Kuala Kangsar.
  7. Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar.
  8. Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban.
  9. Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar.
  10. Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu.
  11. Gelanggang Bola Keranjang, Indera Mahkota 2.
  12. Maahad Sains Tok Guru, Pengkalan Chepa.
  13. Gelanggang Terbuka Biah, Keningau.
  14. Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching.
  15. Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia Dan Sukan WP Labuan.

Aksi kali ini lebih menarik kerana berpeluang menyaksikan pemain naturalisasi baharu negara membuat penampilan pertama Harimau Malaya iaitu Jordan Mintah.

Malaysia bakal bertemu pasukan kebangsaan Laos bagi aksi keempat kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Oktober jam 9.00 malam.