Apa Jadi Kalau Malaysia Kalahkan Laos Lagi?
MakanBola
Malaysia NT

Terdapat beberapa potensi yang bakal terjadi sekiranya Malaysia berjaya menundukkan Laos.

Skuad kendalian Peter Cklamovski bakal mengharungi aksi keempat Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 di Bukit Jalil.

Malaysia kini berada di tangga teratas kumpulan selepas merekodkan tiga kemenangan awal dan mengumpul 9 mata secara keseluruhan.

Kemenangan 3-0 ke atas Laos yang menduduki tangga ke-185 dunia meletakkan pasukan kebangsaan selangkah ke Pusingan Akhir Piala Asia 2027.

Malaysia bakal bertemu Laos sekali lagi dan berpeluang untuk meraih tambahan +6.53 mata untuk mengumpul 1161.52 mata berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.

Kemenangan juga bakal membantu Harimau Malaya untuk melonjak ke kedudukan 118 dunia berbanding 123 dunia dalam ranking FIFA semasa sekali gus menjadi pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara.

Pasukan terbaik di Asia Tenggara kekal menjadi milik Thailand (98) disusuli oleh Vietnam (114) dan juga Malaysia (118) sekiranya kememangan milik Malaysia.

Situasi ini juga membantu pasukan negara untuk kembali fokus selain meraih mata penting untuk ke pentas Piala Asia 2027.

Sebagai rekod, Malaysia masih belum tewas dalam mana-mana aksi pada tahun 2025 termasuklah tiga kemenangan diraih dalam aksi terakhir menentang Singapura dan Palestin (persahabatan antarabangsa Tier 1) dan juga