6 Pemain Malaysia Terlepas Aksi vs Laos Di SNBJ
MakanBola
Malaysia NT

Seramai enam orang pemain Malaysia digugurkan dari senarai skuad Harimau Malaya bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.

Ini berdasarkan senarai kesebelasan utama dan pemain simpanan yang diumumkan pengurusan skuad kebangsaan di platform rasmi mereka.

Enam pemain tersebut ialah Sikh Izhan Nazrel, Endrick dos Santos, Jordan Mintah, Richard Chin, Dominic Tan dan Azam Azmi Murad.

Endrick, Dominic dan Richard tidak dapat disenaraikan susulan kecederaan dan isu kecergasan. Selain itu, ketiga-tiga pemain juga tidak menyertai sesi latihan penuh skuad negara di SNBJ semalam.

Mintah juga tidak dapat disenaraikan dalam skuad kali ini. Ini kerana beliau perlu menunggu pengesahan kelulusan naturalisasi sebelum dapat beraksi buat Harimau Malaya.

Sikh Izhan dan Azam Azmi turut tidak tersenarai kerana pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski hanya boleh menamakan 23 pemain untuk aksi menentang Laos.

Pemain pertahanan Cerezo Osaka, Dion Cools terus diberi kepercayaan sebagai kapten. Romel Morales kekal mengetuai jentera serangan Harimau Malaya.