Bendera Malaysia Kembali Diletakkan Kepada 7 Pemain Warisan Malaysia
MakanBola
Malaysia NT

Bendera Malaysia kembali diletakkan dalam laman web Transfermarkt 7 pemain warisan Malaysia selepas isu hukuman FIFA.

Malaysia yang telah dikejutkan pada 26 September lalu berkaitan isu hukuman FIFA terhadap FAM dan 7 pemain warisan negara dilihat bakal menemui titik penghujung pada beberapa hari lagi.

FAM dan 7 pemain warisan dikenakan hukuman dari FIFA kira-kira RM 1.8 juta & RM 10,560 berkaitan dianggap memalsukan status keturunan Malaysia.

Mengikut kemaskini di laman web Transfermarkt, bendera Malaysia kembali diletakkan kepada 7 pemain warisan negara. Sebelum ini, pemain-pemain terbabit hanya diletakkan status tidak diketahui.

Menurut satu hantaran di laman media sosial Nadi Bola, bendera Malaysia telah diletakkan kembali di laman web Transfermarkt.

“Status di laman transfermarkt sudah kembali ke asal dengan bendera Malaysia sama-sama kita nantikan esok,” kata Nadi Bola dalam satu hantaran di laman media sosial.

Badan induk Malaysia telah mengemukakan rayuan disebabkan mempunyai kesilapan teknikal ketika menghantar dokumen pemain-pemain warisan negara tempoh hari.

Ketika ini, isu tersebut masih belum selesai dan FAM sedang menunggu maklum balas dari FIFA berkenaan rayuan tersebut.