Kelayakan Piala Asia Wanita B-17: Malaysia Lepasi Cabaran Hebat Syria
MakanBola
FA MALAYSIA

Malaysia wanita B-17 berjaya menundukkan pasukan Syria dengan keputusan 0-1 di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan pada Rabu dalam aksi kedua kelayakan Piala Asia wanita B-17.

Malaysia membariskan Putri Aina di bahagian penjaga gol dan Nur Qistina menggalas lilitan kapten manakala Laila Syamila mengemudi jentera serangan.

Malaysia berjaya membuka akaun jaringan seawal minit ke 9′ aksi menerusi Zafirah Zulaikha dengan gol cantik dari luar kotak penalti sekaligus memastikan pasukan Harimau Malaya mendahului dengan satu gol.

Malaysia Tigress tampak menguasai perlawanan dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu Syria namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan negara tersebut.

Memasuki minit ke 35′ kedudukan masih didahului oleh Malaysia meskipun Syria turut melepaskan beberapa rembatan kencang ke gawang Malaysia Tigress.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-1 memihak kepada pasukan kebangsaan Malaysia.

Bersambung babak kedua perlawanan, Malaysia tampak meningkatkan intensiti permainan bagi mencari gol kedua.

Malaysia Tigress berjaya melakukan serangan yang dapat mengucar kacirkan pertahanan lawan namun ketangkasan penjaga gol Syria harus diberi pujian.

Memasuki minit ke 75′ Malaysia masih mempunyai kelebihan dengan satu jaringan oleh Zafirah Zulaikha.

Syria dilihat kian buntu untuk mencari gol penyamaan apabila pasukan Malaysia terus menerus mengasak kubu negara tersebut.

Perlawanan tamat dengan keputusan 0-1 memihak kepada pasukan kebangsaan Malaysia sekaligus meraih 3 mata penuh bagi aksi kedua kelayakan Piala Asia B-17 di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan.