Peminat Luar Negara Teruja Lihat Faisal Halim
MakanBola
Malaysia NT

Pempengaruh media sosial terkenal, Referee Kampung mendedahkan sekumpulan peminat dari luar negara cukup teruja melihat pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ini selepas beliau memuat naik video interaksinya dengan kumpulan peminat tersebut di Instagram baru-baru ini.

“Ramai betul peminat Faisal Halim malam ini!” kata Referee Kampung dalam hantaran tersebut.

Apabila ditanya mengapa mereka berada di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk aksi Malaysia dan Laos, kumpulan tersebut menyatakan mereka mahu melihat Faisal beraksi.

Video Referee Kampung atau nama sebenarnya, Naseeb Ali kemudiannya dikongsikan beberapa akaun lain termasuk stesen radio terkenal, Hot FM.

Sebaik video tersebut dimuat naik di Instagram, ramai peminat bola sepak negara teruja melihat peminat dari luar negara memberi sokongan kepada Harimau Malaya.

Seorang penyokong bernama M_Shaifull_30 menyatakan skuad negara kini memiliki kelompok penyokong dari luar negara. “Penyokong Harimau Malaya cawangan warisan dan naturalisasi ini,” katanya.

Seorang lagi penyokong bernama Zamirul Yusof melihat ini sebagai bukti Faisal memiliki ramai peminat terutama dari luar negara. “Ramai peminat (Faisal) Halim,” ujarnya.

Faisal membantu Malaysia menewaskan Laos 5-1 dalam aksi pada 14 Oktober lalu. Beliau turut mencipta satu gol menerusi sepakan percuma cantik yang menerjah jaring Laos.