Live: Penang vs JDT, Kesebelasan Utama & Siaran TV Suku Akhir 1 Piala FA
MakanBola
Penang FC

Info aksi Penang vs JDT dalam perlawanan suku akhir 1 Piala FA.

Saingan Liga Malaysia bersambung semula dengan pusingan suku akhir Piala FA antara Penang vs JDT pada Jumaat bakal membuka tirai di Stadium Bandaraya di hadapan penyokong setia Pulau Pinang.

Tugas berat dijangka menanti pasukan tuan rumah dalam usaha menafikan impian JDT bagi mencari bekalan selesa pada perlawanan timbal balik pertama ini sebelum beraksi di Johor.

Sementara JDT yang kini berada dalam prestasi terbaik hadir ke laman lawan membawa status sebagai juara bertahan dan pasukan pilihan ramai untuk keluar sebagai pemenang pada aksi ini.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika aksi Liga Super pada 11 September lalu di Stadium Sultan Ibrahim yang menyaksikan JDT berjaya menewaskan Penang dengan keputusan 6-0.

Kesebelasan Utama Penang vs JDT

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Info Siaran Langsung Penang vs JDT

Tarikh: 17 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa: 8.30 malam.
Venue: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.