Richard Chin Terpaksa Berehat 3 Bulan
MakanBola
Raith Rovers FC

Pemain kebangsaan Malaysia dan Raith Rovers, Richard Chin terpaksa berehat selama 3 bulan selepas mengalami kecederaan.

Beliau yang baharu menyertai kelab Raith Rovers di Liga 2 Scotland terpaksa akur untuk berehat selama beberapa bulan selepas disahkan mengalami kecederaan di lutut.

Setakat ini, Richard Chin telah melakukan 10 penampilan bersama kelab Raith Rovers dan telah menjaringkan satu jaringan ketika bertemu Arbroath dalam aksi Liga 2 Scotland pada 27 September lalu.

Menurut Raith Rovers, Richard Chin telah disahkan mengalami kecederaan di lutut ketika aksi bertemu Arbroath. Selain itu, kelab berkenaan memastikan beliau tidak mengalami cedera yang serius dan berharap sembuh secepat mungkin.

“Richard Chin mengalami kecederaan lutut semasa perlawanan kami menentang Arbroath baru-baru ini.””Richard Chin mengalami kecederaan lutut semasa perlawanan kami menentang Arbroath baru-baru ini.”

“Walaupun pada mulanya ia tidak kelihatan serius, penilaian hari ini telah mendedahkan bahawa Richard menghadapi anggaran tempoh pemulihan selama tiga bulan.”

“Doakan awak cepat sembuh, Chinny,” kata Raith Rovers dalam satu hantaran di laman media sosial.