Piala FA: Aksi Negeri Sembilan vs Selangor Atasi Rekod Kehadiran 3 Venue Lain
MakanBola
NSFC

Perlawanan di antara Negeri Sembilan dan Selangor atasi rekod kehadiran 3 venue lain dalam aksi suku akhir pertama Piala FA musim ini yang menyaksikan The Jangs tewas dengan keputusan 1-4 kepada Selangor.

Statistik kehadiran perlawanan tersebut menyaksikan 25, 550 orang penyokong menonton aksi Negeri Sembilan dan Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Penyokong yang hadir bukan saja teruja melihat The Red Giants menumpaskan pasukan Negeri Sembilan 1-4. Malah, mereka dapat menyaksikan persembahan yang cukup memukau oleh Faisal Halim.

Kehadiran kedua tertinggi direkodkan dalam aksi antara Terengganu dan Kuching City. Aksi tersebut menyaksikan 9, 987 orang hadir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Aksi itu menyaksikan Kuching City menumbangkan pasukan tuan rumah, Terengganu dengan keputusan 1-4. Kemenangan tersebut menyaksikan Kuching City membawa bekalan selesa ke Stadium Negeri Kuching.

Perlawanan Kelantan TRW dan Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV merekodkan kehadiran ketiga tertinggi iaitu 2, 350 orang.

Penyokong Kelantan TRW di Stadium Sultan Muhammad IV pulang Hampa apabila pasukan kesayangan tunduk kepada Sabah dengan keputusan 1-2.

Aksi Penang dan JDT merekodkan kehadiran keempat tertinggi iaitu 1, 835 orang. Aksi di Stadium Bandaraya menyaksikan pasukan pelawat, Harimau Selatan menumpaskan Harimau Kumbang dengan keputusan 1-2.

Perlawanan suku akhir kedua bagi Kuching City & Terengganu dan JDT & Penang bakal berlangsung pada 28 Oktober ini.

Sementara itu, aksi suku akhir kedua untuk Sabah & Kelantan TRW dan Selangor & Negeri Sembilan bakal diadakan pada 29 Oktober depan.