Liverpool akur tumpas di tangan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada lewat malam Ahad.
Kemenangan 2-1 ke atas Liverpool ini dicatatkan Manchester United selepas anak-anak buah Ruben Amorim tampil hebat di tempat lawan untuk mencuri kemenangan penting dalam aksi EPL.
Pertahanan tinggi lampai, Virgil Van Dijk memimpin barisan pemain Liverpool sementara Manchester United menaruh harapan kepada gandingan Mount, Cunha dan Mbeumo di jentera serangan.
Seawal minit kedua, gawang Liverpool berjaya dibolosi oleh Bryan Mbeumo selepas penyerang Cameroon itu menerima lorongan Amad Diallo sebelum atasi Giorgio Mamardashville di pintu gol.
Hasrat Liverpool menyamakan kedudukan akhirnya buahkan hasil selepas Cody Gakpo berjaya menjaringkan gol pertama buat Liverpool pada minit ke-78 untuk mengikat kedudukan 1-1.
Tandukan bek tengah England, Harry Maguire selang 6 minit kemudian nyata memberikan kekecewaan untuk tuan rumah tatkala gawang Liverpool dibolosi oleh bintang Manchester United sekali lagi.
Aksi di Anfield berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Manchester United.