DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor, tak pernah berhenti bekerja di belakang tabir demi menaikkan nama bola sepak Malaysia ke pentas dunia ujar Sergio Aguero dalam satu hantaran di laman media sosial milik beliau.
Baginda mula menggerakkan revolusi Harimau Malaya pada awal tahun ini dengan membawa masuk ketua jurulatih, Peter Cklamovski dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rob Friend dalam usaha memastikan pasukan negara berada di tahap terbaik.
Selain itu, Tunku Ismail turut menjadi individu penting dalam menyediakan fasiliti terbaik untuk pasukan Harimau Malaya sebagai persiapan membentuk skuad yang ampuh sebelum hadapi lawan.
Walaupun usaha baginda ini mendapat respon yang berbeza dari pelbagai pihak, namun bagi tonggak naturalisasi negara, Sergio Aguero ini bagaikan penghormatan dapat melihat visi dan misi Tunku Ismail.
Menurut Sergio Aguero, sebuah tabik hormat perlu diberikan kepada Tunku Ismail yang tetap bekerja keras demi memberi hasil yang terbaik kepada bola sepak Malaysia melalui kerja di balik tabir.
“Setinggi-tinggi penghormatan kepada Tunku Ismail yang tidak pernah berhenti bekerja di belakang tabir demi kebaikan bola sepak Malaysia.”
“Semangat, visi dan kepimpinan beliau terus mendorong pasukan kebangsaan kita untuk bermimpi lebih besar dan mencapai yang lebih tinggi,” kata Sergio Aguero dalam satu hantaran di laman media sosial.
Sergio Aguero antara watak yang dipanggil bagi memperkuat skuad Harimau Malaya baru-baru ini dalam dua aksi penting Kelayakan Piala Asia bertemu Laos yang memihak Malaysia.
Harimau Malaya bakal meneruskan aksi dalam kempen pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18 November depan.