Skuad Wanita Malaysia Bawa 24 Pemain Terbaik Uji Hong Kong
MakanBola
FA Malaysia

Skuad wanita Malaysia membawa 24 pemain terbaik bagi menghadapi dua aksi persahabatan menentang Hong Kong.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai akhir 24 pemain yang dipilih jurulatih skuad negara, Joel Cornelli.

Tonggak berpengalaman seperti Steffi Sarge Kaur, Azurin Mazlan, Jaciah Jumilis dan Nur Lyana Soberi terus berada dalam perancangan jurulatih Brazil itu.

Cornelli turut menyenaraikan kapten skuad wanita Malaysia B-20, Lauren Hoh Ruyi dan dua tonggak skuad wanita negara B-17, Nur Laila Syamila A Rahim dan Keisha Adeliena Muhammad Khalid.

Malayan Tigress telah bertolak ke Hong Kong pada 20 Oktober ini. Mereka dijadual bertemu pihak lawan untuk aksi pertama pada 22 Oktober di Pusat Latihan Bola Sepak HKFA Jockey Club, China.

Ini disusuli aksi kedua pada 25 Oktober di Kai Tak Youth Sports Ground, China. Dua aksi ini dilihat peluang buat anak buah Cornelli membalas dendam terhadap pasukan Asia Timur itu.

Ini kerana skuad wanita Malaysia pernah kecundang di tangan Hong Kong dalam aksi persahabatan di Bhutan pada 31 Mei lalu.