Jurang ranking Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Chengdu Rongcheng beri gambaran awal bagi aksi ke-3 saingan Liga Juara-Juara Asia 2025-2026 pada Selasa.
Pasukan kendalian Xisco Munoz beraksi cemerlang apabila berjaya menyekat wakil dari Jepun, Machida Zelvia pada aksi ke-2 Liga Juara-Juara Asia musim ini dengan keputusan terikat tanpa jaringan.
Sementara itu, Chengdu Rongcheng juga baru-baru ini cemerlang dalam aksi kedua Liga Juara-Juara Asia 2025-2026 menerusi kemenangan 1-0 ke atas wakil Korea, Gangwon di halaman sendiri.
Kemas kini laman Opta Analyst menunjukkan bahawa JDT terus unggul selaku pasukan ke-14 terbaik di Asia dengan 77.8 mata (ke-253 di dunia).
Pasukan Chengdu Rongcheng kendalian Jung-won pula berada di tangga 50 di Asia dengan 72.2 (632 di dunia) selain merupakan kelab kedua terbaik dari China.
Setakat ini, JDT telah mengumpul 1 mata dalam 2 aksi terawal Liga Juara-Juara Asia 2025-26 selepas mencatatkan 1 keputusan seri ketika menentang Machida Zelvia dan tumpas kepada pasukan Buriram United dalam perlawanan pertama ACLE.
Sementara itu, Chengdu Rongcheng berjaya mengumpul 3 mata berharga selepas mengutip 1 kemenangan ke atas Gangwon dan 1 kekalahan ketika menentang Ulsan dalam 2 aksi pertama Liga Juara-Juara Asia musim 2025-2026.
JDT merupakan wakil tunggal Malaysia pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) manakala pasukan Chengdu Rongcheng antara 3 wakil China di pentas ini selain Shanghai Shenhua dan Shanghai Port.
JDT bakal menentang pasukan Chengdu Rongcheng dalam aksi ke-3 kempen ACLE 2025-206 pada 21 Oktober di Stadium Bola Sepak Taman Sukan Bukit Phoenix, Chengdu, China.