Sukan SEA: Joel Cornelli Terkejut Lihat Undian Malayan Tigress
MakanBola
FA MALAYSIA

Ketua jurulatih baharu Malayan Tigress, Joel Cornelli terkejut melihat undian Malayan Tigress bagi kejohanan sukan SEA tahun ini di Thailand.

Malayan Tigress diundi bersama-sama negara Vietnam, Myanmar dan Filipina dalam kumpulan B bagi aksi sukan SEA edisi ke-33 ini pada Disember.

Sementara itu, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Singapura berada di kumpulan A bagi aksi sukan SEA pada hujung tahun ini.

Menurut Joel Cornelli, beliau terkejut dengan pembahagian kumpulan dan jelas tidak seimbang. Meskipun itu, Malayan Tigress tetap akan tampil dengan terbaik.

“Saya benar-benar terkejut dengan pembahagian kumpulan bagi Sukan SEA kali ini kerana satu kumpulan terlalu kuat dengan pasukan-pasukan berprestasi tinggi manakala satu lagi kumpulan hanya mempunyai Thailand sebagai pasukan yang mempunyai ranking kelayakan yang baik.”

“Kami faham bahawa pembentukan kumpulan ini dibuat berdasarkan edisi sebelumnya namun dari segi keadilan ini jelas tidak seimbang.”

“Walaupun begitu, kami tetap komited untuk memberikan yang terbaik. Kami sedang mempersiapkan pemain bukan sahaja dari segi teknikal, tetapi juga dari segi mental,” kata Joel Cornelli selepas mengetahui kumpulan Malayan Tigress bagi kejohanan sukan SEA tahun ini.

Kejohanan sukan SEA edisi ke-33 tahun ini bakal berlangsung di Bangkok, Chonburi, Songkhla dan Chiang Mai ( Bola Sepak Lelaki, Kumpulan B & C) pada Disember ini.