Rekod baik menentang kelab-kelab China di pentas ACLE dijangka memberi suntikan keyakinan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang aksi menentang Chengdu Rongcheng.
Semakan di Transfermarkt mendapati JDT memiliki tiga kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan bila berdepan kelab China.
Musim 2024/25 menyaksikan Shanghai Port diikat 2-2 oleh JDT di Shanghai meskipun beraksi di gelanggang sendiri. Ini disusuli kemenangan 3-0 ke atas Shanghai Shenhua pada Oktober 2024.
Shandong Luneng pula terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Harimau Selatan 1-0 pada November 2024. Pasukan itu turut menewaskan JDT dalam saingan ACL edisi 2019.
Musim 2022 pula menyaksikan Guangzhou FC kecundang sebanyak dua kali di tangan JDT.
JDT membelasah bekas juara ACL itu 5-0 dalam Kumpulan I sebelum meraih kemenangan 2-0 dalam aksi timbal balik kumpulan.
Statistik ini menunjukkan Harimau Selatan mampu memberi saingan kepada kelab China baik di laman sendiri atau di tempat lawan.
Kini, anak buah Xisco Munoz berpeluang menambah satu lagi rekod bila menentang kelab China iaitu kemenangan di tempat lawan. Ini kerana JDT belum pernah menang di laman lawan berdasarkan statistik.
Selain tewas kepada Shandong di Jinan, JDT hanya meraih satu mata ketika menentang Shanghai Port.
Ini satu perkara yang dilihat mampu membakar motivasi JDT untuk meraih kemenangan pertama ACLE musim ini. Harimau Selatan akan menentang Chengdu hari ini di Chengdu, Sichuan.