Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melonjak tinggi dalam carta AFC Champions League Elite (ACLE) selepas berhasil atasi Chengdu Rongcheng.
Pada Selasa, JDT turun dalam perlawanan ke-3 ACLE musim ini dengan bertemu kelab dari China, Chengdu Rongcheng di tempat lawan, membawa misi mencari kemenangan pertama.
Misi penting tersebut berjaya dicapai apabila jaringan Oscar Arribas dan Nacho Mendez di setiap babak menghadiahkan kemenangan sulung untuk JDT dalam saingan ACLE musim ini.
Kemenangan 2-0 ini juga sudah cukup untuk skuad Harimau Selatan membawa pulang 3 mata berharga dari laman lawan sekaligus melonjakkan kedudukan JDT dalam carta ACLE zon timur.
Kemas kini semasa carta ACLE zon Timur menyaksikan JDT berada di kedudukan ke-5 setelah 3 aksi dimainkan dengan mengumpul 4 mata hasil satu kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan.
Lonjakan 5 anak tangga ini membolehkan JDT memotong beberapa pasukan lain seperti Buriram United, Melbourne City serta Chengdu Rongcheng sendiri dalam kemas kini carta.
Sementara Chengdu Rongcheng pula jatuh ke tangga ke-7 selepas mengalami kekalahan kedua kepada JDT ini selain turut tumpas kepada Ulsan HD dalam perlawanan pertama lalu.
Kedudukan dalam carta ini masih boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan lain, terutamanya melibatkan pasukan-pasukan yang berada hampir dengan JDT ketika ini.
Selepas ini, JDT akan melayani kunjungan Shanghai Shenhua dalam perlawanan ACLE ke-4 di Stadium Sultan Ibrahim pada 5 November nanti dengan misi memburu tempat di kelompok 8 terbaik.