3 pasukan kebangsaan bola sepak di Asia Tenggara (Asean) sedang mencari ketua jurulatih baharu iaitu Thailand, Singapura dan Indonesia.
Ketua jurulatih Thailand, Masatada Ishii berpisah bersama pasukan kebangsaan Thailand pada Selasa. Keputusan itu diumumkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dalam satu hantaran di platform Changsuek.
FAT memaklumkan keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Teknikal FAT mendapati pendekatan Ishii membina pasukan dilihat tidak selari dengan nilai persatuan.
Selepas itu, pasukan bola sepak kebangsaan Singapura sedang memburu ketua jurulatih baharu bagi memimpin The Lions dalam kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027.
Pasukan kebangsaan Singapura ketika ini sedang dibimbing oleh jurulatih interim, Gavin Lee selepas pengunduran Tsutomu Ogura.
Tsutomu Ogura memilih meninggalkan pasukan bola sepak Singapura kerana masalah peribadi pada Jun lalu.
Seterusnya, Indonesia turut mencari ketua jurulatih baharu selepas memecat legenda bola sepak Belanda, Patrick Kluivert pada Khamis lalu.
Keputusan itu diumumkan pengurusan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka.
Kluivert dibawa masuk menggantikan pengendali Tim Garuda sebelumnya dari Korea Selatan, Shin Tae-yong.
Hal ini berikutan kegagalan Patrick Kluivert membawa pasukan kebangsaan Indonesia ke Piala Dunia 2026.
Garuda gagal mengutip sebarang mata ketika pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2026 di Arab Saudi baru-baru ini.
Indonesia tumpas 2-3 ke atas Arab Saudi dan 1-0 ketika bertemu Iraq. Dua kekalahan tersebut telah mengesahkan kegagalan Garuda untuk layak ke Piala Dunia 2026.
Sepanjang bersama Indonesia, beliau merekodkan tiga kemenangan, satu seri dan empat kekalahan.