Perbezaan ranking Selangor dan Persib Bandung jadi bualan para penyokong sebelum sepak mula aksi di antara kedua-dua pasukan pada malam Khamis.
Pasukan kendalian Christophe Gamel beraksi kurang baik apabila tewas kepada wakil Singapura, Lion City Sailors dalam aksi kedua Liga Juara-Juara Asia 2 musim ini dengan keputusan 4-2.
Sementara itu, Persib Bandung cemerlang dalam aksi kedua ACL 2 musim ini menerusi kemenangan 2-0 ke atas wakil Thailand, Bangkok United di halaman lawan.
Kemas kini laman Opta Analyst menunjukkan bahawa Selangor berada di posisi ke-124 terbaik di Asia dengan 66.3 mata (ke-1276 di dunia).
Pasukan Persib Bandung kendalian Bojan Hodak pula berada di tangga 153 di Asia dengan 65 mata (ke-1478 di dunia).
Setakat ini, Selangor belum mengutip sebarang mata dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 musim ini selepas tewas kepada Bangkok United dan Lion City Sailors.
Sementara itu, Persib Bandung sudah berjaya meraih 4 mata selepas kemenangan ke atas Bangkok United dan seri ketika bertemu wakil Singapura, Lion City Sailors.
Persib Bandung bakal menerima kunjungan pasukan Selangor bagi aksi ke-3 Liga Juara-Juara Asia 2 di Stadium Gelora Bandung Lautan Api pada Khamis.