Senarai Wakil Malaysia & Siaran Langsung French Open 2025
UltraSukan
Olympic Malaysia

Saingan pemain badminton Malaysia di benua Eropah diteruskan dalam kejohanan French Open 2025.

Lapan wakil negara diketuai juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan beregu nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menggalas cabaran di pusingan kedua.

Kali terakhir Malaysia meraih gelaran juara dalam saingan French Open ialah tahun 2022. Tahun tersebut menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah muncul juara.

Pearly-Thinaah menjadi wakil tunggal Malaysia dalam acara beregu wanita di pusingan kedua. Tang Jie-Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai pula membawa cabaran untuk beregu campuran.

Empat beregu lelaki negara diketuai Aaron-Wooi Yik beraksi dalam pusingan kedua. Satu slot ke suku akhir sudah terjamin apabila Aaron-Wooi Yik akan menentang Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Siaran Langsung French Open 2025

Tarikh: 23 Oktober 2025 (Khamis)
Masa: 4.00 petang (sesi pertama/waktu Malaysia) dan 11.00 malam (sesi kedua/waktu Malaysia)
Venue: Glaz Arena, Cesson-Savigne, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Badminton, BWF TV