Brunei DPMM meletakkan dua kunci utama sebagai sandaran bagi aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu ini dalam saingan Liga Super 2025-2026.
Pasukan dari Brunei itu mendapat tonik tambahan apabila berjaya mengutip 3 mata penuh pertama pada perlawanan Liga Super tempoh hari ketika bertemu Melaka.
Brunei DPMM yang baru mencatatkan satu kemenangan berbanding JDT telah mengumpul mata maksimum dalam 7 perlawanan pertama Liga Super.
Menurut pemain tengah Brunei DPMM, Tommy Mawat, beliau yakin bahawa rakan sepasukan mampu mengawal tekanan dari JDT meskipun beraksi di halaman lawan.
“Tommy percaya bahawa semangat sepasukan dan disiplin taktikal akan menjadi kunci utama untuk DPMM FC memberi saingan sengit di gelanggang lawan nanti,” kata Tommy Mawat Bada ketika di temubual oleh MFL.
Bunei DPMM bakal menentang pasukan terbaik di Malaysia, JDT dalam perlawanan minggu ke-8 Liga Super musim ini di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.