Persembahan Hebat Arif Aiman Diiktiraf Di Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Persembahan terbaru Arif Aiman Hanapi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan ACLE mendapat pengiktirafan di pentas Asia.

Ini kerana pemain sayap Harimau Malaya itu merupakan sebahagian daripada 12 pemain yang dipilih AFC sebagai pemain terbaik perlawanan minggu ketiga ACLE.

“Detik-detik penting memerlukan pemain-pemain yang hebat. Dan pemain-pemain ini sudah tentuk membuktikannya.

“Kini mempersembahkan semua pemenang Pemain Terbaik Perlawanan Perlawanan Ketiga ACLE!” kata AFC dalam satu kenyataan.

Arif dipilih selepas merencana dua serangan yang membawa kepada gol JDT ketika menewaskan wakil China, Chengdu Rongcheng 2-0.

Pemain sayap berusia 23 tahun itu mewakili Liga Timur ACLE bersama Goran Causic, Kim Min-hyeok, Andre Luis, Kim Gun-hee dan Yuki Soma.

Bekas bek tengah Chelsea, Kalidou Koulibaly pula mewakili Liga Barat ACLE. Selain beliau, Federico Cartabia, Regi Lushkja, Moussa Diaby, Franck Kessie dan Brahima Diarra turut terpilih.