Pemilik kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail (TMJ) bakal mengadakan sidang media tergempar pada jam 3 petang ini.
Ini berikutan bagi memberikan maklumat-maklumat yang sahih dan terbaharu mengenai isu hukuman FIFA terhadap FAM dan 7 pemain warisan negara pada 26 September lalu.
Baginda dalam satu hantaran di laman sosial memberitahu bahawa bakal mengadakan sidang media pada hari ini.
” Sidang media. Berikan semua anda ada. Bawalah,” ujar DYAM TMJ di laman Insta story.

Selain itu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam turut mengesahkan sidang media petang ini di laman X milik beliau.
“Sidang media 3 petang!,” kata Zulhelmi Zainal Azam di laman X milik beliau.
Tambah, sidang media berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota negara dan dijalankan secara tertutup hanya untuk beberapa media.