DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor membongkarkan bahawa bukan FA Vietnam lapor ke FIFA tempoh hari.
Terdahulu, terdapat laporan bahawa isu 7 pemain warisan negara ini telah dilapor oleh wakil Vietnam dalam jawatankuasa disiplin FIFA.
Ini berikutan isu FIFA menjatuhkan hukuman kepada FAM & 7 pemain warisan atas dakwaan memalsukan dokumen pada 26 September lalu.
Selepas itu, FAM menafikan bahawa tuduhan tersebut salah dan hanya kesilapan teknikal dari kakitangan pentadbiran FAM.
Menurut baginda, bukan kakitangan dari FA Vietnam melaporkan isu ini kepada FIFA namun seseorang dari Vietnam lapor perkara ini kepada badan induk bola sepak antarabangsa itu dan perkara ini sangat pelik.
“Selepas kemenangan ke atas Vietnam kita mempunyai pertikaian dan apabila saya bertanya kepada AFC, AFC memberitahu bahawa laporan tersebut tidak dilakukan oleh ahli jawatankuasa dalam FA Vietnam seperti presiden ataupun lain namun seseorang dari Vietnam.”
“Bagi saya, perkara ini sangat aneh apabila laporan ini bukan dari ahli jawatankuasa tertinggi persatuan bola sepak negara tersebut. Ini ialah apa yang diberitahu oleh AFC,” kata DYAM Tunku Mahkota Ismail (TMJ) ketika sidang media khas sebentar tadi.
Rayuan bagi isu pemain warisan ini telah dihantar oleh pasukan peguam luar negara yang telah dilantik oleh FAM pada 15 Oktober lepas.
Keputusan isu 7 pemain warisan bakal diketahui pada 30 Oktober ini sama ada rayuan yang dibuat diterima atau ditolak oleh FIFA.