JDT berjaya membenam cabaran pasukan Brunei DPMM dengan keputusan 10-0 dalam aksi minggu ke-8 Liga Super musim 2025-2026 di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.
Harimau Selatan membariskan Syihan Hazmi di bahagian penjaga gol dan Arif Aiman sebagai senjata utama pasukan tersebut manakala Matthew Davies menggalas lilitan kapten.
Sementara itu, Brunei DPMM menurunkan Haimie Nyaring di benteng terakhir dan penyerang berprolifik Indonesia, Ramadhan Sananta mengemudi jentera serangan.
JDT tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringan perlawanan seawal minit ke 9′ menerusi penyerang berprolifik dari Brazil, Bergson da Silva sekaligus memberikan kegembiraan ribuan penyokong Harimau Selatan di stadium.
Brunei DPMM tampak melancarkan beberapa percubaan ke arah gawang JDT namun ketangkasan penjaga gol pasukan tersebut, Syihan Hazmi harus diberi pujian selepas berjaya menepis semua rembatan.
Bergson da Silva sekali lagi mengukir nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 35′ yang diperolehi oleh JDT hasil kesilapan pemain lawan.
Beliau mencatatkan hatrik dalam perlawanan ini pada minit ke 37′ sekaligus memberikan kelebihan selesa buat pasukan JDT dengan mendahului 3 gol.
Oscar Arribas melengkapkan separuh masa pertama dengan jaringan keempat pada minit kecederaan.
Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 4-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, JDT.
Bersambung babak kedua, JDT tampil garang bagi menjarakkan kedudukan dengan pasukan Brunei DPMM.
Manuel Hidalgo berjaya menambah gol ke-5 pada minit ke 57′ sejurus dimasukkan pada separuh masa kedua.
Selepas itu, Awangku Indera menjaringkan gol sendiri perlawanan sekaligus memberikan kelebihan 6 gol kepada pasukan JDT.
Seterusnya, Arif Aiman meledak gol ke-7 perlawanan pada minit ke 68′ bagi mengukuhkan lagi kedudukan.
Bergson da Silva melengkapkan malam gemilang beliau apabila meledak gol keempat pada minit ke 73′ sekaligus gol ke-8 aksi dan Jairo menjaringkan gol ke-9 perlawanan pada minit ke 82′.
Romel Morales melengkapkan malam gemilang kem pasukan JDT apabila meledak gol ke-10 perlawanan.
Perlawanan tamat dengan keputusan 10-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, JDT.