Penjelasan Bayaran Gaji Staf Malaysia NT
MakanBola

Isu pembayaran gaji bagi pihak staf skuad kebangsaan yang dikenali sebagai Malaysia NT telah terjawab.

Penjelasan terperinci ini telah diberikan oleh DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor pada sesi sidang media pasukan kebangsaan di Lembah Klang baru-baru ini.

Baginda telah memberikan penjelasan berhubung isu semasa yang melibatkan pasukan kebangsaan termasuklah berhubung penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

 ”Pada pendapat saya, keputusan FIFA ini tidak akan berubah, kalau bertukar mungkin akan membabitkan hukuman,” jawab Tunku Ismail ketika sesi sidang media.

Bukan itu sahaja, DYAM Tunku Ismail memberikan penjelasan secara terus terutamanya melibatkan peruntukan dana oleh pasukan kebangsaan.

Baginda memaklumkan bahawa dana yang diberikan oleh kerajaan persekutuan telah digunakan untuk membuat pembayaran gaji bagi staf pasukan kebangsaan.

“Berkenaan gaji staf pasukan kebangsaan, kerajaan memberikan peruntukan kepada FAM dan kemudiannya FAM yang membayar gaji staf pasukan kebangsaan.

“Ia terus seperti itu,” ujar Baginda pada sidang media tersebut.

Tunku Ismail juga menyatakan keyakinan tinggi bahawa FAM akan terus berjuang untuk mendapatkan keadilan dengan keputusan rayuan berkenaan kes ini dijangka bakal diketahui pada 30 Oktober 2025.