Tonggak Kuching City Enggan Ulang Kesilapan Berdepan Yann Mabella.
MakanBola
TERENGGANU FC

Tonggak Kuching City, Yuki Tanigawa enggan pasukan beliau ulang kesilapan sama ketika berdepan penyerang berbisa Terengganu, Yann Mabella.

Beliau menyuarakan perkara tersebut apabila Kuching City bolos satu gol daripada Yann Mabella dalam aksi suku akhir pertama Piala FA pada 18 Oktober lalu.

Yann Mabella mendapatkan jaringan melalui sepakan penalti selepas kesilapan pemain Kuching City, Jimmy Raymond apabila bola mengenai tangan pemain tersebut dalam kawasan kotak penalti.

Menurut Yuki Tanigawa, Yann Mabella merupakan pemain yang berbisa dan Kuching City tidak akan bermain secara tempo perlahan dalam suku akhir kedua meskipun sudah mempunyai kelebihan 3 jaringan.

“Pemain nombor 11, Yann Mabella mempunyai kelincahan tersendiri. Kali terakhir saya menentangnya, dia memang ada kelajuan dan kawalan bola yang baik.”

“Saya sedikit bergelut ketika itu, jadi kali ini saya perlu lebih fokus dan berikan yang terbaik. Tidak kisah kami ada empat gol sebelum ini, tapi dalam suku akhir kedua ini, kami akan bermain seperti ia satu permulaan baharu,” ujarnya ketika di temubual oleh MFL.

View this post on Instagram

A post shared by Kuching City FC (@kuchingcityfc_official)

Kuching City bakal menentang pasukan Terengganu dalam aksi kedua suku akhir Piala FA musim ini di Stadium Negeri Kuching pada Selasa.