FK Sarajevo Namakan Akademi Sempena Tunku Ismail
MakanBola
FK Sarajevo

Kelab ternama Bosnia, FK Sarajevo melancarkan akademi bola sepak Tunku Mahkota Ismail pada Isnin.

Pelancaran ini diumumkan menerusi satu hantaran video di laman Youtube FK Sarajevo yang memaparkan pemain-pemain menyarung jersi akademi Tunku Mahkota Ismail.

Menurut kenyataan kelab, keputusan menamakan akademi sempena DYAM Tunku Mahkota Ismail dilihat umpama satu penanda aras baharu dan penting dalam pembangungan FK Sarajevo di peringkat antarabangsa.

”Kelab Bola Sepak Sarajevo dengan bangga mengumumkan bahawa akademi bola sepak kini dinamakan sebagai Akademi Bola Sepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail, dengan perkenan penuh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Negeri Johor, Malaysia,” umum kelab itu.

“Keputusan ini menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan antarabangsa FK Sarajevo, sekali gus mencerminkan perkongsian visi antara pelabur utama kelab tersebut,” tambah kelab berkenaan.

Untuk makluman, sebelum ini juga nama Tunku Ismail dikaitkan bakal menjadi pelabur baharu untuk kelab FK Sarajevo ini yang sedang beraksi di saingan liga tertinggi di Bosnia.