JDT II berjaya menumpaskan pasukan tuan rumah, Manjung City dengan keputusan 0-1 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada Isnin.
Pasukan tuan rumah, Manjung City menurunkan Nasrullah Abdul Aziz di bahagian penjaga gol sambil menggalas lilitan kapten dan Muslihuddin Atiq sebagai ayam tambatan pasukan .
Sementara itu, JDT II membariskan Aysar Hadi sebagai ketua pasukan dan Danish Hakimi mengemudi di bahagian tengah.
JDT II tampil garang dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang pasukan tuan rumah, Manjung City namun gagal mencipta jaring.
Manjung City turut melakukan percubaan namun segala usaha untuk meledak gol tidak menemui hasil.
Manjung City mendapat tonik tambahan dengan sorakan penyokong sendiri masih gagal mencipta jaringan pada babak pertama perlawanan.
Babak pertama perlawanan tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.
Bersambung babak kedua, JDT II terus meningkatkan intensiti permainan bagi mencari gol pembukaan aksi.
Danish Hakimi berjaya meledak jaringan perlawanan pada minit ke 71′ sekaligus memberikan kelebihan kepada pasukan Harimau Selatan tersebut.
Manjung City dilihat melakukan kebangkitan di penghujung separuh masa kedua namun ketangkasan dan disiplin para pemain JDT II harus diberi pujian.
Perlawanan tamat dengan keputusan 0-1 memihak kepada pasukan pelawat, JDT II di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.